Kelas Asas Ict Ms. Word Belajar Menaip
5 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Januari 2020, seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekola rendah dan pelajar lepasan SPM dan STPM telah menyertai Kelas Asas ICT Ms. Word. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 Tengahari yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis.
Sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan mereka agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet. Setelah itu, kelas diteruskan dengan pengenalan Ms. Word iaitu kepentingan dan fungsi kegunaannya.
Peserta di ajar cara menaip seperti menukar saiz dan kepelbagaian jenis font. Mereka diberi modul dan dikehendaki menaipnya semula menggunakan Ms. Word. Segelintir daripada mereka sudah biasa menggunakan Ms. Word kerana sebelum ini pernah menyertai Kelas Asas ICT. Mereka menyertai kelas ini adalah sebagai ulangkaji agar sentiasa ingat cara menggunakan Ms. Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: